Assalamualaikum
warahmatullah wabarakatuh...
Apakah 5 kekuatan
wanita itu ?
1) Air matanya
semua sedia
maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman
Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada
prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam
seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu.
tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya
mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu
fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta
sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum
adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.
2) Senyumannya
senyuman adalah
simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan dalam
melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana
itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah
kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada
wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah
jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.
3) Tutur katanya
wanita ni
memiliki suara yang berbeda berbanding lelaki. nada suaranya lembut.
SubhanAllah. karena itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi
suara yang sengaja dimanja-manjakan. Bisa buat cair hati si kaum adam
mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan
nada yang tegas. karena manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang
halal saja.
4) Lirikan
matanya
Sesetengah
berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata
wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara
logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga
tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan
sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum
adam. karena itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki.
dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu
mendelikan matanya. lelaki merasakan sangat seksi.
5) Keyakinannya
Sbagian lelaki
tidak memandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan
kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang
kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, ciri-ciri ini sangat
meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'Lumayan
Bagaimana jalan
penyelesainya?
kedua-duanya, sama
ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting, bersihkan diri dan sucikan
hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk
buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa
kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan
laknatullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar